Topik 1: Mengurus Pembelajaran
Pengurusan pembelajaran membincangkan berkaitan dengan bagaimana guru memainkan peranan dalam memastikan setiap pengajaran dan pembelajarannya yang dilaksanakannya dapat mencapai objektif dan guru itu dapat menggunakan masa dengan baik untuk menggelakkan penggunaan masa tambahan semasa mengadakan sesi pengajaran tersebut.
Dalam topik ini kita akan dapat mengetahui kaedah-kaedah yang digunakan oleh guru, faktor pemilihan startegi pengajaran dan untuk mengenalpasti startegi terbaik yang digunakan oleh guru dalam pengurusan pembelajaran tersebut. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016) pengurusan bermaksud mengurus sesuatu atau mengurus keadaan manakala pembelajaran pula ialah sesuatu proses atau kegiatan belajar. Pada era moden ini, semua sekolah sudah mula menggunakan Pembelajaran Abad ke 21 (PAK 21) dimana PAK 21 ini memerlukan murid untuk mempunyai kemahiran abad 21 iaitu 4C yang merangkumi Communication, Collaboration, Creativity dan Critical thinking.
Untuk memastikan Pembelajaran Abad ke 21 ini dilaksanakan dengan baik, setiap guru perlu memainkan peranan yang penting iaitu menjadi pembimbing kepada pelajar, sebagai perancang pengajaran dan mewujudkan sifat ingin tahu dalam diri pelajar. Dalam hal ini, guru perlu merancang pengurusan masa dengan baik bagi menggelakkan berlakunya kekurangan masa atau terlebih masa dalam sesi penyampaian pengajaran pada hari tersebut. Hal ini penting bagi memasrikan tercapainya objektif pengajaran dan pembelajaran serta untuk menggelakkan berlakunya kekurangan masa dalam bilik darjah.
Antara kaedah terbaru yang digunakan oleh guru adalah Rainbow Group iaitu berlakunya perbincangan dengan ahli kumpulan lain dan akhir sekali mereka akan membawa idea itu untuk dibincangkan dalam kumpulan asal mereka. Seterusnya, kaedah Gallery Walk dimana konsepnya adalah one stay three stray yang memerlukan setiap ahli yang tinggal itu perlu menjelaskan idea kumpulan mereka manakala tiga lagi yang pergi ke kumpulan lain perlu mendapatkan maklumat dan mereka perlu berpatah balik ke kumpulan asal untuk berbincang dengan ahli yang
ditinggalkan dalam kumpulan tersebut. Perbincangan akan menggelakkan pelajar daripada mejadi pasif kepada aktif di dalam kelas kerana berlakunya pergerakan dan hal ini akan menarik minat mereka untuk belajar. Bagi memastikan setiap pengurusan pembelajaran itu berjalan dengan berkesan guru hendaklah berinteraksi dengan pelajar, menyampaikan pengajaran yang sesuai, mengatur startegi yang berkesan dan lain-lain.
Kesimpulannya, pengurusan pembelajaran perlu dititikberatkan oleh setiap guru bagi memastikan setiap pengajaran dan pembelajaran itu dapat mencapai objektif pengajaran. Pelaksanaan pembelajaran terarah kendiri sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran sememangnya bersesuaian dan bertepatan sekali dengan usaha ke arah memantapkan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar di Malaysia. Pengurusan ini juga penting untuk menggelakkan berlakunya pergaduhan kecil antara guru kerana disebabkan rakan sejawat telah menggunakan masanya. Bagi menggelakkan berlakunya perkara itu, guru perlulah merancang terlebih dahulu rancangannya itu sebelum masuk ke bilik darjah.
Rujukan
ArzzamNawawi. Pengurusan Pembelajaran KPS 3014. Dimuat turun daripada https://www.slideshare.net/arezamfisabilillah1/pengurusan-pembelajaran-kps3014 (29Oktober 2018)
Mohamod Zamri (Feb 2012). Trend Terkini Pengajaran Bahasa Di Pengurusan Tinggi: Satu Analisis.http://search-proquestcom.ezpustaka2.upsi.edu.my/docview/1953813060/fulltextPDF/5C93261E3F454CB 9PO/8?accountid=13155 (1November 2018)
Khairul Azhar Mat Daud. Dimuat turun daripada http://umkeprints.umk.edu.my/2849/1/artikel%20Teniat%20FTKW.pdf (1 November 2018)
Topik 2 : Pengurusan Dan Pembelajaran Pelajar
Pengurusan dan pembelajaran pelajar ini membincangkan bagaimana seseorang guru menguruskan pembelajaran murid. Oleh itu,guru perlu memainkan peranan utama dalam aspek pengurusan bilik darjah bagi melahirkan insan yang cemerlang Pengurusan bilik darjah yang baik dan sistematik dapat meningkatkan keupayaan murid untuk belajar dan dapat menyelesaikan banyak masalah disiplin di sekolah.Masalah-masalah disiplin yang timbul ini berpunca daripada gaya pengajaran guru yang membosankan atau kurang kreatif dalam teknik pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Oleh itu, setiap guru perlulah mempelbagaikan kemahiran pengajaran dalam menjalankan tugas harian mereka di sekolah.Mereka perlu menjadi pakar dalam subjek yang diajar dan kemahiran mengawal tingkahlaku pelajar yang disruptif di bilik darjah agar proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di bilik darjah.
Pengurusan bilik darjah merupakan faktor penting dalam mempengaruhi motivasi,tahap penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta tingkah laku dan sikap murid di dalam bilik darjah.Sebuah bilik darjah yang dinamik boleh ditakrifkan sebagai bilik darjah yang bertenaga dan mampu menggerakkan organisasi untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran secara formal dengan penuh minat,memberangsangkan,aktif dan mencapai objektif.Pengurusan pula ialah melibatkan penggubalan dan perancangan,melaksanakan perancangan dan bekerjasama dengan berkesan untuk melakukan perkara yang betul sehingga mencapai matlamat.(PPK,2001). Oleh itu,pengurusan bilik darjah yang dinamik merupakan satu proses perancangan P&P yang aktif,memberangsangkan,menyeronokkan dan menarik minat pelajar untuk belajar hingga mencapai matlamat yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
PERANAN GURU SEBAGAI PENGURUSAN BILIK DARJAH
Pengurusan bilik darjah merupakan aspek penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.Seorang guru perlu mengetahui cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan yang ada dalam bilik darjah,mengurus pergerakan pelajar dalam bilik darjah dan mengawalnya supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.Oleh hal yang demikian,terdapat beberapa peranan yang perlu dimainkan oleh guru sebagai pengurus bilik darjah iaitu merancang,mengelola,mengarah dan
mengawal. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran dapat memberi panduan perkara yang perlu dilakukan oleh guru, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal pelaksanaan agar berjalan seperti yang dirancang (Nurlia Mohamad,komunikasi peribadi,2012).
1. Guru Sebagai Perancang
Sebelum memasuki bilik darjah,sebagai seorang guru yang aktif perlulah menyediakan persiapan mengajar supaya pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.Perancangan pembelajaran yang dibuat perlu menimbangkan tentang objektif pelajaran,isi pengajaran,bahan-bahan pengajaran dan pengurusan kemudahan.Kemahiran merancang merupakan prasyarat untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.Objektif pelajaran haruslah ditentukan semasa membuat perancangan pengajaran dan haruslah berdasarkan kepada sasaran sukatan pelajaran,pengetahuan sedia ada murid dan kebolehan mereka.
Pemilihan strategi dan kaedah mengajar.
Strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai membolehkan guru merancang isi pelajaran secara sistematik dan menarik,memastikan murid mecapai objektif yang dikehendaki. Pemilihan bahan pengajaran seperti bahan bantu mengajar dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan lebih berkesan.Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah melibatkan pelajar dengan forum sesama rakan dan mengadakan kuiz. Melalui cara ini, guru bukan sahaja dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar, malah dapat meningkatkan daya kefahaman murid tentang apa yang dipelajari.
Kerja merancang pengajaran pula meliputi pengurusan kemudahan. Nordin Tahir (IPIP,2014) menggariskan beberapa ciri kemahiran merancang seperti berikut:
i) Pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid
ii) Isi pelajaran dalam rancangan mengajar disusun dari mudah ke kompleks,bermakna,releven dan menarik
iii) Rancangan mengajar harus memasukkan penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)
iv) Utamakan pendekatan berpusatkan murid v) Rancangan mengajar harus disusun mengikut langkah yang lengkap
2. Mengelola Dalam Bilik Darjah
Seorang guru harus mengelola segalanya di dalam kelas seperti mengurus bilik darjah.Ia merangkumi pelbagai aspek seperti menyedia,mentafsir, dan menyimpan rekod pelajar. Guru harus mempunyai rekod kesihatan,keputusan dan sebagainya dan pada masa ini disimpan dalam bentuk e-rekod iaitu dalam sistem internet. Guru juga perlu mengambil kira kedatangan kelas dan memastikan pelajar yang tidak hadir memberikan sebab mengapa tidak hadir pada hari tersebut.Guru juga perlu menyimpan rekod peribadi murid iaitu kad001 dan kad kad002 di mana kad ini merangkumi segala maklumat peribadi murid dan juga guru perlu menyimpan rekod yuran sekolah dan yuran harian. Guru juga harus memastikan disiplin kelas sentiasa dalam keadaan terkawal.Guru juga memastikan pelajar tidak membawa barangan larangan seperti rokok dan telefon bimbit ke sekolah. Guru juga perlu memastikan kemudahan kelas seperti kerusi,meja dan papan putih dalam keadaan lengkap di dalam kelas.
3.Mengawal bilik darjah
Guru berperanan dalam mengawal bilik darjah dan mengawal peraturan bilik darjah.Contohnya guru mengawal pergaulan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan di dalam kelas agar tiada sebarang perkara tidak bermoral berlaku di dalam kelas.Guru juga harus mengawal masalah peribadi yang dialami oleh pelajar mereka.Guru perlu memastikan pelajar tidak membawa masalah peribadi ke sekolah.Guru juga harus memastikan tiada masalah disiplin berlaku di dalam kelas terutamanya dalam kalangan pelajar lelaki seperti masalah pergaduhan dan masalah buli dan kes mencabul di dalam kelas.
4. Mengarah Dalam Biilik Darjah
Guru harus mengarah pelajar untuk menjawab soalan selepas proses pembelajaran berlaku untuk memastikan pelajar faham apa yang dipelajari.Namun, guru tidak boleh marah atau memaki hamum pelajar yang tidak dapat menjawab soalan yang ditanya.Guru juga harus mengarah murid untuk membentuk kumpulan untuk membuat aktiviti kumpulan contohnya melalui “round table” iaitu salah satu cara aktiviti yang berkesan. Guru juga mengarah murid menguruskan tugasan harian dan segala tugasan harian mengikut jadual bertugas.Guru harus memastikan setiap tugas
yang diberikan diikuti oleh setiap pelajar dan memastikan setiap pelajar bertanggungjawab terhadap tugasan masing-masing.
Kesimpulannya,untuk pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini,ianya melibatkan proses seperti merancang,melaksana,menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran agar dapat memperbaiki segala kelemahan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua aspek Seterusnya, ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran yang berkesan termasuklah prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling selain sistematik dalam merancang dan menilai dan juga sabar dalam menghadapi karenah murid pelbagai latar belakang. Selain itu, guru harus mengurus masa dengan baik dan mempunyai kemahiran abad ke 21. Oleh hal yang demikian, pengurusan dalam pembelajaran penting sebelum memulakan sesuatu pembelajaran agar hasilnya lebih efektif dan menarik selain dapat melahirkan pelajar dan masyarakat yang cemerlang dan mampu membangunkan dunia.
Rujukan
Bab 1 Pendahuluan.Diperolehi pada 14,2015
http://eprints.utm.my/39043/3/RaedahMdAminMFP2013CHAP1.pdf
Nurlia Mohamad.Penyelia Pengajaran dan pembelajaran di Sekolah-Sekolah Kebangsaan Di Daerah Kota Tinggi, Johor.
http://eprints.utm.my/12013/1/Penyeliaan_Pengajaran_Dan_Pembelajaran _Di_Sekolah.pdf
Lembaga Penilaian Kompetensi Kementerian Pelajaran Malaysia
http://wanparidahwm.files.wordpress.com/2010/02/esei
Strategi, Kaedah,Pendekatan dan Teknik Pengajaran
http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/06/tajuk5b_pendekatan_kaedah_strategi_teknik-pengajaran.pdf
Pengurusan Bilik Darjah_Pendahuluan
http://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-_2009.pdf
Topik 3 : Organisasi dan Kepimpinan
Topik Organisasi dan Kepimpinan membincangkan mengenai badan pentadbiran di sekolah yang akan menjadi penggerak kepada kejayaan sesebuah sekolah. Topik ini menerangkan tentang definisi gaya kepimpinan, organisasi sekolah, kepimpinan peringkat sekolah, dan kepimpinan guru.
Secara ringkasnya, organisasi kepimpinan mempunyai bahagian-bahagian yang tertentu yang mempunyai tujuan untuk kepentingan ahli-ahli dalam organisasi tersebut. Pentadbiran di peringkat sekolah bermula dengan pengetua dengan dibantu oleh Penolong-penolong Kanan yang terdiri daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, seterusnya Guru-guru Kanan Mata Pelajaran dan juga pekerja-pekerja perkeranian. Murid-murid pula mempunyai peranan belajar dan menerima tunjuk ajar dari guru-guru. Gabungan komponen-komponen inilah yang menjadikan sekolah itu sebagai sebuah organisasi pendidik.
Gaya kepimpinan terbahagi kepada enam bahagian iaitu transaksional, demokratik, instruksional, transformasi dan laissez-faire. Gaya kepimpinan transaksional adalah kepimpinan yang mengarahkan usaha orang lain melalui tugas, ganjaran dan struktur. Pemimpin jenis ini mempunyai idea yang praktikal dan tidak akan membuat janji seandainya tidak mampu dilaksanakan. Bagi gaya kepimpinan demokratik lebih mementingkan interaksi dua hala yang mengutamakan suara ramai untuk membuat keputusan. Laissez faire menjadikan pengetua sebagai pemerhati dan memberi kebebasan kepada guru melaksanakan rancangan pengajaran dengan caranya. Gaya kepimpinan transformasi mempamerkan pemimpin memberi sokongan kepada pekerjanya dan lebih mudah didekati oleh pekerjanya.
Terdapat lima cara yang boleh dipraktiskan untuk menjadi pemimpin yang berkualiti iaitu menjadi teladan kepada orang lain (Model the Way), menyatakan visi kepada guru setiap hari (Inspired a Shared Vision), kesanggupan menghadapi cabaran (Challenge the Process), memberi motivasi kepada guru untuk melaksanakan tugasan dengan caranya (Enable Other to Acts) dan memiliki nilai kemanusiaan terhadap pelajar dan sesama guru (Encourage the heart).
Antara kepentingan amalan kepimpinan guru adalah sebagai penambahbaikan dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan pelajar, atribut dan kemahiran kepimpinan, membangun organisasi menerusi pengurusan dan pentadbiran, budaya kerjasama menyokong pembangunan pendidikan dan pembelajaran, pembelajaran professional untuk penambahbaikan berterusan, hubungan dan kerjasama komuniti dan pihak luar, dan menjadi teladan terbaik serta pemimpin yang dirujuk.
Dalam bab ini juga menjelaskan beberapa teori utama dalam kepimpinan seperti kontigensi Fieldler dan teori Laluan Matlamat House. Umumnya, teori kontigensi Fieldler menghuraikan tiga dimensi kritikal menentukan tahap pemimpin berpengaruh iaitu kuasa, tugas dan hubungan. Teori Laluan Matlamat House menjelaskan tentang peranan pemimpin membentuk tugasan supaya pekerja mengikut satu laluan (matlamat). Teori ini dikategorikan kepada pemimpin karismatik, transformasi dan transaksional.
Kesimpulannya, kepimpinan seorang pemimpin atau pengetua bagi peringkat sekolah mempengaruhi budaya organisasi sekolah. Sehubungan itu, kepimpinan dalam organisasi yang sistematik dapat menentukan kecemerlangan sesebuah sekolah.
Rujukan
Kouzes, F. , Posner, B . , High, B. , Morgan, M. Gary. (2013). The Student Leadership Challenge : Facilitation and Activity Guide. United States of America. Jossey-Bass Publisher
Kouzers, M. J, Posner, Z. B. (2010). The Truth about Leadership : The NoFads, Heart-of-the-Matter Facts You Need to Know. United States of America. JosseyBass Publisher
Nor Asma Sheirnawani Abdul Rahman, Mohd Asri Mohd Noor, Rohaila Yusof, Hamidah Yusof. (2015). Kesahan Model Amalan Kepimpinan. JuKu: Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik. Bil.3 Isu 2 (2-3). Dimuat turun daripada https://www.researchgate.net/publication/281535928_KESAHAN_MODEL_AMALAN _KEPIMPINAN_GURU (30 Oktober 2018)
Muhd Akmal Noor, Razaleigh Muhamat, Rosli Saadan, Zanariah Jano, A’dawiyah Ismail. (2015). Teori Gaya Kepimpinan Barat Diadaptasi daripada Teori Gaya Kepimpinan Islam (Al-Quran). Jurnal Vol.8 No.1 (81-88). Dimuat turun daripada http://journal.utem.edu.my/index.php/jhcd/article/viewFile/2076/1238 (30 Oktober 2018)
Topik 4: Pengurusan Murid
Pengurusan murid merupakan proses-proses yang berkaitan dengan perancangan kerja atau program bagi murid, pengelolaan murid dan program secara berkesan, pengawalan dan penilaian prestasi murid dan program serta pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi. Pengurusan murid merangkumi aspek yang luas misalnya aspek displin, kejayaan akademik serta sahsiah murid. Pihak pentadbiran sekolah perlu melakukan perancangan terlebih dahulu agar pengurusan murid menjadi lebih teratur dalam menguruskan perkaraperkara lain seperti menguruskan rekod murid, kesediaan murid belajar dan juga memotivasikan pelajar. Semua pihak yang terlibat di sekolah perlu bekerjasama sebagai sebuah organisasi dan antara pihak yang terlibat di dalam organisasi tersebut bagi memastikan proses pengurusan murid berjaya.
Mengurus rekod murid boleh didefinisikan sebagai bidang pengurusan yang bertanggungjawab untuk menjaga, bersistematik mengawal penciptaan, penerimaan, penggunaan dan ciri rekod termasuklah proses menjaga dan memelihara bukti dan maklumat murid ke dalam bentuk rekod. Terdapat dua jenis pengurusan sistem rekod murid iaitu secara dalam talian dan bertulis (manual). Antara jenis rekod pengurusan murid yang digunakan secara dalam talian adalah Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM), Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJSK) dan lain-lain lagi manakala antara jenis rekod yang digunakan secara manual adalah Rekod Kedatangan Pelajar, Rekod Cegah Ponteng Kelas, Rekod Kehadiran Kokurikulum dan lain-lain lagi.
Menurut Emma Subpei Shafie (2014), mengambil pandangan Burner (1966) bahawa kesediaan belajar adalah “apa-apa jua perkara yang disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila masa peringkat perkembangannya”. Terdapat tiga jenis kesediaan belajar iaitu kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor. Kesediaan kognitif adalah kesediaan mental untuk melakukan sesuatu aktiviti seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mensintesis dalam bentuk konsep dan menilai dalam menyelesaikan masalah. Pencapaian ilmiahnya adalah sepadan dengan usaha dan latihan yang diperlukan. Kesediaan afektif adalah sikap
kesedaran, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Selalunya kesediaan afektif dikaitkan dengan motivasi intrinsik (motivasi dalaman yang wujud apabila seseorang berasa keperluan asasnya dan keinginannya dipenuhi). Jika motivasi intrinsik pelajar tinggi, maka kesediaan afektifnya tinggi serta kesannya pelajar akan dapat manfaat yang banyak hasil daripada pembelajarannya dan juga jika berlaku sebaliknya. Menurut Emma Subpei Shafie (2014), Stanford (1971) ada mengatakan bahawa pembelajaran dipengaruhi oleh sikap pelajar dan bukan kerja keras seorang pelajar mengulang kaji bahan pembelajarannya. Kesediaan psikomotor pula merujuk kepada seseorang yang mempunyai potensi dan kematangan fizikal yang melibatkan otot, tulang anggota dan pengawalan serta penyelarasan pergerakan badan. Kesediaan psikomotor yang tinggi apabila tubuh badan mencapai kematangan selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan serta dapat menentukan koordinasi pergerakan otot yang sempurna dan dapat memenuhi keperluan asas manusia.
Selain itu, terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar iaitu kematangan; kemahiran asas dan pengalaman sedia ada; motivasi dalaman serta perhatian. Kematangan bermaksud perubahan yang berlaku hasil daripada perubahan fizikal dan biologi dalam badan individu. Terdapat beberapa jenis kematangan iaitu dari segi fizikal, kognitif serta sosial dan emosi. Kematangan fizikal selalu dikaitkan dengan kesediaan psikomotor seseorang dan setiap orang mempunyai tahap kematangan fizikal yang berbeza. Guru tidak boleh memaksa pelajar untuk membuat sesuatu aktiviti jika pelajar tidak bersedia untuk melakukannya. Sebaliknya, guru haruslah menyediakan aktiviti yang sesuai selaras dengan kematangan fizikal pelajar. Kematangan kognitif seseorang akan semakin berkembang dan meningkat sejajar dengan umurnya daripada mempelajari perkara yang mudah kepada perkara yang lebih kompleks. Kematangan kognitif juga mempengaruhi kesediaan belajar dan menjadi satu keperluan untuk belajar suatu subjek yang memerlukan kemahiran berfikir. Oleh itu, guru perlu mengetahui sukatan pelajaran yang hendak disampaikan selaras dengan perkembangan kognitif pelajar untuk menerima suatu ilmu yang baru. Kematangan sosial merujuk kepada kebolehan seseorang untuk berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain manakala kematangan emosi adalah darjah pencapaian kestabilan dalam perasaan yang
berkaitan dengan minat, keinginan dan kepuasan dalaman seseorang terhadap sesuatu.
Akhir sekali, seseorang perlu ada kemahiran asas atau pengalaman yang berkaitan sebelum mempelajari suatu ilmu atau kemahiran baru. Motivasi dalaman atau motivasi intrinsik berkait rapat dengan minat dan sikap pelajar. Intrinsik ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan merupakan motivasi dalaman yang kuat untuk menggerakkan serta meningkatkan kesediaan belajar supaya aktiviti pembelajaran berjalan dengan lebih aktif, mudah, seronok dan berkesan. Tambahan pula, perhatian dan penumpuan pelajar yang tinggi dapat meningkatkan kesediaan belajar pelajar melalui penggunaan set induksi yang menarik, alat bantuan mengajar yang canggih serta kaedah dan teknik mengajar yang berkaitan dengan minat pelajar. Hal ini akan mengekalkan perhatian pelajar dan bersedia untuk menerima ilmu pembelajaran yang baru.
Rujukan
Emma Subpei Shafie. (2014). Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP). [Slaid Pembentangan]. Diperoleh daripada URL : https://www.slideshare.net/ainunstaidemmasubpeishafie/kesediaan-belajarmaksud-jenis2-faktor2-mempengaruhi-implikasi-terhadap-pnp
Ermie Dharlya Che Daud, Aslina Saad. (2013). Sistem Maklumat Pengurusan dalam talian di sekolah dalam konteks Malaysia. Seminar Kebangsan ICT Dalam Pendidikan 2013. Abstrak diperoleh daripada URL : https://www.researchgate.net/publication/314283785_Sistem_Maklumat_Pengurusa n_dalam_talian_di_sekolah_dalam_konteks_Malaysia
James, A. J. E. (2014). Pengurusan Bilik Darjah : Strategi-strategi mewujudkan komuniti pembelajaran berkesan. Selangor, Malaysia : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Topik 5: Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan Bilik Darjah membincangkan mengenai perkara yang perlu diambil kira untuk menguruskan bilik darjah yang sesuai untuk pembelajaran dan juga bagaimana untuk mengurus tingkah laku pelajar. Topik ini menerangkan tentang definisi pengurusan bilik darjah , bilik darjah , tugas, kemahiran dan kemudahan serta empat kemahiran seorang guru yang perlu ada untuk menguruskan pengurusan bilik darjah.
Pengurusan bilik darjah yang berkesan sebenarnya melibatkan pelbagai aspek seperti ciri peribadi seorang guru, rutin dan peraturan bilik darjah, iklim bilik darjah, dan hubungan antara aspek pengurusan dan pengajaran. Untuk menjadikan bilik darjah yang lebih kondusif, berkesan dan dapat diurus dengan cekap, guru seharusnya mempunyai sifat-sifat seorang pengurus yang baik seperti tegas, demokratik, pengasih dan prihatin. Sebagai pengurus yang baik, tugas guru bukan hanya tertumpu kepada proses pengajaran semata-mata tanpa mengambil kira iklim dan persekitaran serta masalah-masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Tetapi, guru perlu berusaha untuk mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif, sihat, dan positif untuk menggalakkan pembelajaran pelajar melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran.
Secara ringkasnya pengurusan bilik darjah mempunyai empat strategi dalam pengurusan bilik darjah iaitu secara transaksional, permisif, modifikasi tingkah laku pelajar dan juga persekitaran pembelajaran positif. Stategi membawa maksud pelbagai cara untuk mencapai tujuan dan perilaku yang diambil oleh seseorang yang menggambarkan berbagai tindakan terkait dengan keadaan (Benoit dan Trigeorgis,2011)
Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah yang baik tidak berlaku tanpa perancangan. Perancangan akan berlaku dengan lancar sekiranya bilik darjah mempunyai aktiviti pembelajaran yang tidak ada gangguan tingkah laku yang menyenangkan.
Rujukan
Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi . (2009). Pengajaran dan Pembelajaran . Pengurusan Bilik Darjah , 1-2.
Haliza Hamzah , Benoit & Trigeorgis. (2011). (2014). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar.
Topik 6: Pengurusan Sumber
Topik ini akan membincangkan mengenai pengurusan sumber yang dilakukan oleh pelajar dan juga guru. Sejajar dengan persekitaran sekolah yang kaya dengan pelbagai sumber pembelajaran,seseorang guru perlu menguasai kemahiran membuat keputusan yang bijak untuk memilihsumber pembelajaran yang sesuai dan seterusnya mengoptimumkan penggunaannya dalam bilik darjah. Seseorang guru perlu menguasai kemahiran mengenal pasti semua sumber pengetahuanyang boleh digunakan untuk mempertingkatkan kesan pengajarannya.Setiap sekolah akan dibekalkan dengan pelbagai sumber seperti bahan bercetak, kaset audio, pita video, perisian multimedia dan internet. Disamping itu juga, guru perlu mahir menggunakan bahan-bahan yang dikenal pasti itu dengan optimum untuk mencapai hasil pengajaran yang terbaik.
Pengurusan juga terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satuatau lebih entiti untuk tujuan menyelaras dan mengharmonikan kumpulan tersebut bagi mencapai sesuatu matlamat yang telah dirancangkan (Buck, 2010). Abdul Aziz Yusof (2004, 2007) menyatakan bahawa pengurusan merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan. Antara fungsi pengurusan termasuklah proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber-sumber yang lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yan telah ditetapkan.Sumber pula merujuk kepada sesuatu bahan yang boleh digunakan serta dimanfaatkanoleh manusia dalam aktiviti ataupun kegiatan seharian.
Terdapat beberapa jenis sumber atau alat bantu mengajar yang digunakan dalam membantu proses pembelajaran guru. Antara sumber yang digunakan ialah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat dan juga bahan maujud. Walaupun jenis- jenis ini mempunyai ciri yang berbeza, namun ianya boleh digunakan bagi memastikan murid- murid memahami akan isi kandungan pelajaran serta mencapai objektifnya.
Sumber bahan bercetak didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Selain itu, bahan ini boleh disentuh dan dibaca secara terus dan ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan bukan daripada tulisan tangan. Sumber bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, esiklopedia, surat khabar, buku teks dan sebagainya .
Selain daripada itu, bahan teknologi maklumat juga salah satu sumber yang digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ramai murid yang menyukainya. Jika sumber ini digunakan secara berkesan, alat bantu mengajar ini dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. . Antara kelebihan bahan ini ialah murid-murid akan lebih mudah untuk memahami apa yang diajar oleh guru dan dapat mengekalkan minat pelajar untuk pelajaran seterusnya sekaligus dapat meningkatkan prestasi akademik mereka.
Bahan maujud juga sering digunakan sebagai sumber dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan maujud merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuhdan dipegang. Selain daripada itu juga, bahan ini merupakan bahan yang nyata yang adadisekeliling kita sama ada dalam keadaan hidup atau sudah diawet. Contoh bahan ini ialahkomputer, perkakas sains, alat tulis, bangunan dan sebagainya.
Pembelajaran berasaskan sumber berhasrat untuk melibatkan semua pelajar belajar secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Hal ini bermaksud, pelajar memainkan peranan penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Guru hanya bertindak sebagai pemerhati serta menjadi fasilitator kepada pelajar. Selain itu, peranan guru juga adalah mencari sumber yang sesuai untuk digunakan oleh pelajar manakala pelajar bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti berasaskan sumber tersebut. Sebagai contoh,sumber yang digunakan oleh guru untuk menjalankan aktiviti adalah sumber yang berasaskan komputer. Di sini, guru akan menyuruh pelajar mencari maklumat yang terdapat dalam computer untuk menjalankan aktiviti kumpulan.
Pembelajaran berasaskan sumber amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tanpa sumber, ilmu pengetahuan pelajar tidak akan berkembang disebabkan pelajar tersebut hanya berfokus kepada guru sahaja. Pentingnya sumber dalam pembelajaran ialah dapat membantu guru untuk menyampaikan ilmu agar lebih difahami oleh pelajar. Contohnya, guru yang hanya mengajar berasakan kepada teori saja tidak dapat memberi kefahaman yang maksimum kepada pelajar tanpa praktikal ataugambaran yang jelas bagi menerangkan mengenai sesuatu situasi tersebut. Oleh sebab itu, guru boleh menggunakan bahan seperti foto-foto yang berkaitan, slaid dan video untuk dilihat oleh pelajar bagi menambahkan kefahaman mereka.Sumber juga penting dalam pembelajaran pelajar agar pelajar tersebut tidak merasa bosan ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung. Fungsi dan peranan pusat sumber. Pusat sumber berkembang pesat dari waktu ke waktu dengan pelbagai fungsi dan peranan mengikut kesesuaian perkembangan pola kehidupan masyarakat, keperluan dan teknologi maklumat. Dari segi teknologi maklumat, pusatsumber juga berkembang daripada pusat sumber tradisional, semi tradisional, elektronik, digitals ehinggakan pusat sumber virtual dan perkembangan ini sejajar dengan fungsi dan peranannya.
1. Pusat kegiatan belajar dan mengajar.
Fungsi utama pusat sumber adalah sebagai tempat rujukan utama bagi kegiatan belajar dan mengajar. Para guru dan pelajar akan sentiasa membuat rujukan dan mencari bahan daripada perpustakaan. Para guru akan mencari bahan yang bersesuaian bagi membuat persediaan dalam proses pengajaran di bilik darjah.
2. mengisi masa lapang.
Seterusnya, fungsi dan peranan pusat sumber juga berperanan sebagai tempatuntuk mengisi masa lapnag dengan melakukan perkara yang berfaedah. Hal ini kerana,dengan adanya pusat sumber mereka terutamanya pelajar yang mempunyai masa yang terluang akan mempunyai tempat bagi mengisi masa mereka.Mereka tidak akanmembazirkan masa di tempat yang tidak berfaedah seperti di pusat membeli- belah, kedaimakan dan sebagainya. Apabila mereka melepak di pusat sumber bersama kawan, mereka bukan sahaja dapat mengisi masa lapang
dengan baik tetapi dapatmenambahkan maklumat melalui pembacaan pelbagai bahan rujukan ilmiah yang telahdisediakan.
3. Pusat perkembangan idea dan kreativiti.
Pusat sumber juga menjadi pusat bagi perkembangan idea dan kreativiti. Hal ini kerana pusat sumber sekolah bukan sahaja berperanan sebagai pusat ilmu, tetapi turut berupaya membekalkan kemudahan dan perkhidmatan bagi guru-guru yang kritis dan inovatif. Pusat sumber yang aktif bukan sahaja menyediakan bahanbahan bacaan semata-mata tetapi turut menganjurkan pelbagai aktiviti yang berterusan bagi mengembangkan daya pemikiran , kreativiti dan imaginasi para pelajar dan guru. Contohnya dengan penganjuran pelbagai pertandingan seperti pertandingan bercerita dan banyak lagi.
4. Pusat professional
Pusat sumber sekolah juga berperanan sebagai Pusat profesional. Pelbagai aktivitiaktiviti yang di jalankan oleh pusat sumber akan meningkatkan iktisas keguruan dari aspek kerja berkumpulan dan usaha-usaha meningkatkan prestasi serta kemajuan pendidikan di sesebuah sekolah. Rancangan- rancangan perkembangan staf dan latihandalaman boleh dijalankan melalui perkhidmatan yang disediakan oleh pusat sumber sekolah.
Sebagai kesimpulannya, penggunaan sumber dalam bidang pendidikan mampumeningkatkan kepahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu juga, guru-guru dapat menyampaikan sesuatu pengajaran yang lebih berkesan lagi berpandukan kepada sumber sebagai rujukan dalam membuat persedian mengajar. Sumber manusia merupakan aset terpenting dalam sesebuah organisasi di sekolah. Dalam era globalisasi, persoalan daya saing dan daya tahan sesebuah organisasi menjadi fokus masa kini.Sesungguhnya pengurusan sumber manusia berupaya memastikan kelestarian sesebuahorganisasi itu.
Rujukan Jenis- jenis sumber pembelajaran dan pemanfaatnya .Diperoleh pada 9 Mac 2011 daripada http://massofa.wordpress.com/Linder, S.B (1970).
The Harried Lecture Class. New York: Columbia University Press.scrib (2010).
Tujuan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran. Diperoleh pada 9 Mac, 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/
Teori pembelajaran ( 2009 ). Diperoleh pada 9 Mac 2011 daripada http://www.teachers.ash.org.au/teachereduc/index TE.html
Pengurusan sumber https://www.scribd.com/document/53622580/pengurusan-sumber
Pengurusan Pusat Sumber Abad ke 21 http://btp.moe.gov.my/media/PSP/pusat_sumber_abad_ke_21__new_edit_on_20.11 .17.pdf
Topik 7: Startegi Pengurusan Bilik Pembelajaran
Startegi pengurusan bilik pembelajaran membincangkan berkaitan bagaimana guru menguruskan atau menjadikan sebuah bilik atau tempat belajar itu dengan baik supaya dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran itu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016) pengurusan bermaksud mengurus sesuatu atau mengurus keadaan manakala pembelajaran pula ialah sesuatu proses atau kegiatan belajar.
Bilik pembelajaran boleh didefinisikan sbagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga merupakan tempat yang terpenting yang mesti ada di sekolah. Ia juga merupakan tempat dimana guru dan pelajar sama-sama berjuang untuk mencapai matlamat masing-masing. Bilik pembelajaran juga merupaka tempat dimana berlakunya interaksi antara guru dan murid. Pengurusan pula merupakan kerjasama yang dilakukan oleh sesebuah organisasi dalam usaha untuk mencapai suatu matlamat yang telah ditetapkan oleh orgabisasi tersebut. Manakala bagi startegi pengurusan bilik pembelajaran pula merupakan suatu proses yang memerlukan kerjasama antara guru dan murid bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif dan matlamat pada hari tersebut.
Persekitaran pembelajaran juga boleh mempengaruhi tingkah laku dan interaksi sosial antara pelajar. Jesteru, persekitaran pembelajaran seharusnya di rancang dan diurus dengan baik bagi membolehkan pelajar belajar dengan selesa, mengumpul maklumat pembelajaran secara aktif, menimba pengalaman yang bersesuaian, menilai pembelajaran sendiri dan membuat maklum balas terhadap pengalaman peribadi dalam pelbagai konteks.
Startegi pengurusan bilik darjah dapat dilihat berdasarkan kepada unsur fizikal bilik pembelajaran iaitu sistem penyimpanan rekod dan pengurusan bilik pembelajaran. Seterusnya, interaksi juga merupakan salah satu startegi pengurusan bilik darjah di sekolah.
1. Unsur fizikal bilik pembelajaran cara penyusunan bilik pembelajaran iaitu termasuk susunan meja dan kerusi, pengurusan rutin bilik dan penyimpan rekod bilik pembelajaran tersebut.
2. Interaksi
Satu proses yang saling bertindak yang berlaku diantara sekurang-kurangnya dua pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia. Interaksi terbahagi kepada empat iaitu
1. Interaksi sehala iaitu antara guru dengan pelajar
2. Interaksi dua hala antara guru dengan pelajar
3. Interaksi dua hala antara pelajar dengan pelajar
4. Interaksi pelbagai hala iaitu antara guru dengan pelajar, pelajar dengan pelajar.
Seterusnya, pengurusan iklim pembelajaran juga penting kerana ia akan mempengaruhi keadaan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlansung. Suasana pembelajaran yang positif akan menggalakkan murid-murid untuk terus menyertai pembelajaran pada hari tersebut. Iklim pembelajaran terbahagi kepada tiga iaitu suasana fizikal, sosial dan emosi. Persekitaran pembelajaran adalah penentu utama dalam pembelajaran pelajar. Hasil pembelajaran pelajar boleh dipertingkatkan dengan mencipta persekitaran yang bersesuaian dengan keperluan guru dan pelajar serta selari dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan.
Kesimpulannya, untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang positif guru hendaklah mempunyai startegi yang berkesan. Hal ini untuk memastikan murid merasa seronok dan akan terus berada dalam kelas tersebut. Guru memainkan peranan yang penting sebagai ‘role model’ dalam pengurusan bilik darjah. Berjaya atau tidak murid menerima pembelajaran adalah bergantung kepada kekreatifan guru dalam menyampaikan pengajaran. Minat murid terhadap sesuatu pembelajaran berasaskan startegi mengurus bilik darjah yang terancang dan menarik.
Rujukan
k 7 . Startegi Mengurus Bilik Pembelajaran.
Dimuat turun daripada https://www.scribd.com/presentation/56390370/k-7-Strategi-Mengurus-BilikPembelajaran (29Oktober2018) Che Nidzam Che Ahmad. (2016).
Pengaruh Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Terhadap Tahap Keselesaan Pengajaran Dan Pembelajaran. Dimuat turun daripada https://www.researchgate.net/publication/294886469_PENGARUH_PERSEKI TARAN_FIZIKAL_BILIK_DARJAH_TERHADAP_TAHAP_KESELESAAN_PE NGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN (1November2018)
Shockgadof. (2011).
Pengurusan Pembelajaran Startegi Mengurus Bilik Darjah. Dimuat turun daripada https://www.slideshare.net/shockgadof/pengurusan-pembelajaran-strategimengurus-bilik-darjah (1November2018)
Topik 8 : Pengurusan Tingkahlaku dan Disiplin
Tingkahlaku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarangperbuatan yangdilakukan sama ada secara terus atau tidak,secara sedar atau separa sedar. Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkahlaku bermasalah kesatu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.
Jenis-jenis tingkah laku 1. Tingkah laku positif Merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini mereka kan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 2. Tingkah laku negatif Merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Mereka ini kebiasaannya suka mengganggu rakan lain dan sering memberontak dalam kelas.
Definisi disiplin menurut Abdullah Sani (2005) disiplin merupakan satu bentuk latihan untuk mengembangkan potensi individu daripada segi intelek, jasmani,rohani dan social supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada masyarakat. Disiplin adalah satu set peraturan yang telah ditetapkan kepada murid-murid bagi mengawal serta untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini.Disiplin ialah peraturan yang dipersutujui oleh kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan masyarakat.Disiplin juga merujuk cara pemikiran yang mempengaruhi sifatrasional dan keyakinan diri.Menurut Charles (2002),disiplin dalam bilik darjah yang baik memerlukan pengurusan bilik darjah yang sempurna supaya dapat mengurangkan gangguan dan memudahkan pembelajaran yang diikutioleh pelajar.
Bentuk disiplin
1. Disiplin asas Melibatkan individu dalam masyarakat yang lebih besar.
• Mematuhi peraturan
-Peraturan yang telah ditetapkan oleh institusi-institusi bukan formal dan formal yang wujud dalam masyarakat demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan hidup seharian.
Disiplin instrinsik/ Kendiri
Atau kendiri adalah disiplin yang lahir daripada dalam individu.
• Disiplin jenis ini merangkumi sifat empati, mempunyai kesedaran sivik, moral,agama dan pergaulan
yang tinggi dalam masyarakat.
Teknik Pengurusan Tingkahlaku
1. Peneguhan Merujuk kepada rangsangan dan gerak balas.Rangsangan ialah pencetus,manakala gerak balas ialah perlakuan hasil tindak balas dari pencetus.Dalam teori tingkahlaku pelaziman operan Skinner ialah proses untuk meningkatkan atau menurunkan kadar satu-satu tingkahlaku dengan cara menetapkan kesan pengukuhan atau hukuman bagi tingkahlaku tersebut.Peneguhan positif menggalakkan peneguhan yang baik seperti memberi ganjaran setelah perlakuan ditunjukkan .Peneguhan negatif adalah rangsangan yang tidak menyenangkan atau menyakitkan selepas sesuatu tingkahlaku ditujukkan.
2. Dendaan Dendaan adalah proses mengurangkan tingkahlaku yang diingini, individu berhenti melakukan tinglahlaku kerana ia mendatangkan kesan yang tidak diingini.Tujuan dendaan adalah untuk menghentikan tingkahlaku negatif dan ia membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja.
3. Reverse Psychology Merupakan kaedah psikologi untuk memodifikasikan tingkahlaku negatif kepada positif.Teknik ini memerlukan guru memahami psikologi murid serta mengenalpasti sikap,pandangan dan pemikiran dalamannya.Tujuannya untuk menginsafkan murid agar melepaskan sikap negatif dan memupuk sikap positif untuk membentuk tingkahlaku yang diingini.
4. Pengasingan Teknik di mana murid disuruh keluar dari bilik darjah atau dimasukkan di dalam kelas detensi untuk menjalani hukuman yang ditetapkan oleh guru.Dalam teknik ini guru tidak akan memberikan perhatian kepada tingkahlaku bermasalah sehinggalah mereka berubah.
Kepentingan mengurus tingkahlaku dan disiplin ialah dapat melahirkan pelajar yang bersifat sanggup melaksanakan tanggungjawab kepada diri,keluarga,masyarakat dan negara. Seterusnya dapat mewujudkan suasana tenang dan kondusif dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan licin,berkesan dan ceria. Selain itu, hubungan antara pelajar dan guru dapat diperbaikan dan mewujudkan kemesraan disamping dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Akhir sekali, dapat melatih pelajar dengan nilai murni seperti kepatuhan, tanggungjawab,kasih sayang, bekerjasama, hormat-menghormati dan sebagainya.
Kesimpulannya, tingkahlaku bermasalah haruslah ditangani oleh guru dengan bijak dan teratur agar ia tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah . Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan akan mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid di sekolah.Memodifikasikan tingklahlaku ialah satu strategi penting yang boleh digunakan oleh guru yang mana tingkahlaku yang dikehendaki diteguhkan melalui peneguhan positif dan tingkahlaku yang tidak dikehendaki dihapuskan atau dikurangkan melalui peneguhan negatif.
RUJUKAN
Tingkahlaku dan Disiplin
https://www.scribd.com/document/207093727/tingkah-laku-dan-disiplin
Pengurusan Tingkahlaku dan Disiplin Murid
https://www.coursehero.com/file/17659854/8-Pengurusan-tingkahlaku-dandisiplin-murid/
SIKAP GURU TERHADAP DISIPLIN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, TAHAP PENGETAHUAN, TAHAP PENGETAHUAN KANDUNGAN PEDAGOGI DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP KEMAHIRAN GURU
http://etd.uum.edu.my/4792/2/s802669_abstract.pdf
Topik 9: Pengurusan Penasihatan Murid
Pengurusan Penasihatan Murid membincangkan dengan memberi tumpuan kepada 3 komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan dan juga kaunseling. Topik ini menerangkan tentang definisi dan konsep bimbingan, penasihatan dan mentoring. Selain itu, dapat mengenalpasti perbezaan antara bimbingan dan penasihatan dan juga kaunseling dan mengetahui 4 prinsip dalam pengurusan penasihatan murid.
Secara ringkasnya pengurusan penasihatan murid mempunyai tiga komponen utama iaitu bimbingan lebih kepada proses untuk membantu individu meningkatkan pemahaman manakala penasihatan pula ialah ajaran atau petunjuk yang baik kepada seseorang. Seterusnya, kaunseling merupakan satu proses pembetulan diri untuk berkembang secara biasa dengan pertolongan pakar. Krumboltz (George & Kristianni, 1990), mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang berertika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien.
Kesimpulannya, peranan penasihat adalah sangat penting kepada pengekalan pelajar dan kepuasan pelajar terhadap insititusi (Lowe & Toney, 2000) Selain itu, bimbingan, penasihatan , dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunapakai untuk membantu pelajar-pelajar dalam aspek-aspek pembelajaran dalam kehidupan. Ketiga-tiga kaedah ini dikenalpasti sebagai satu strategi untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh dan anatara tujuan utama adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik serta memotivasikan pelajar.
Rujukan
Noriadah Abdul Karim, Hamdan Said, Norashuha Tajuddin, (Lowe & Toney, 2000. (2013 ). International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013). Kepuasan pelajar terhadap penasihat akademik , 2-3.
Mohd Salleh Lebar, Krumboltz (George & Kristianni, 1990). (2012). Perkhidmatan dan kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling . Brunei: Pusat Penerbitan Kolej Perguruan Ugama Seri Begawa.
Topik 10: Pengurusan Pelbagai Budaya
Budaya bermaksud perbuatan atau aktiviti yang dilakukan sama ada baik atau buruk serta benda yang dimiliki dalam satu kelompok masyarakat. Pada pandangan Griffiths et al. (2017), budaya merupakan kata-kata seperti bercakap mengenai hal peribadi serta barang-barang yang berada di sekeliling kita seperti perhentian bas, telefon bimbit dan sebagainya. Menurut Griffiths et al. (2017), terdapat dua jenis budaya yang boleh diklasifikasikan iaitu budaya bersifat material iaitu merujuk kepada objek atau barang kepunyaan bagi satu kumpulan masyarakat dan budaya bersifat abstrak iaitu idea, sikap dan kepercayaan bagi satu kelompok masyarakat. Aspek material dan abstrak dalam budaya saling berkait antara satu sama lain dan selalunya objek fizikal memberi makna kepada idea bagi suatu budaya.
Budaya sekolah pula bermaksud sistem sosial yang mempunyai budaya yang tersendiri dari segi norma institusi, struktur, sosial, kepercayaan, nilai, simbol, tradisi, matlamat dan tujuan yang tersendiri untuk membentuk organisasi tersendiri. Budaya sekolah di Malaysia boleh diklasifikasikan tiga jenis iaitu budaya instrumental, budaya ekspresif dan budaya moral. Budaya instrumental adalah pengumpulan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk lulus di dalam peperiksaan di samping menghasilkan pelajar dan warganegara yang baik dan sempurna. Budaya instrumental juga mengutamakan matlamat masa hadapan para pelajar. Budaya ekspresif pula adalah memuaskan kehendak kreatif dan seni para pelajar untuk menghilangkan ketegangan, serta meluahkan tenaga tanpa sebarang kawalan daripada kakitangan sekolah. Contoh aktiviti ialah seperti menari, melukis, atau bermain muzik mengikut kecenderungan dan minat masing-masing. Budaya moral adalah melahirkan pelajar bermoral yang berkemampuan membuat pertimbangan tentang beberapa tindakan atau tingkah laku yang betul atau salah. Sekolah menghukum setiap kesalahan dan memberikan ganjaran seperti hadiah kepada yang betul atau baik.
Dari segi budaya antara kaum dan agama, pelajar-pelajar yang terdiri daripada kaum Melayu dan India lebih menggemari duduk dan berkomunikasi sesama kaum mereka sendiri dengan menggunakan loghat atau bahasa ibunda mereka. Majoriti
pelajar lebih selesa bergaul dengan rakan daripada kaum yang sama dan semua bentuk interaksi seperti pengalaman peribadi, perbincangan agama, budaya dan hobi serta perkongsian rahsia lebih menjurus kepada rakan daripada kaum yang sama. Oleh itu, wujud jurang sosial yang tinggi dalam kalangan murid dan hasil kajiannya dapat membuktikan bahawa pembentukan ruang interaksi dalam kalangan murid lebih terarah kepada sesama etnik berbanding merentasi etnik. Peningkatan interaksi ini pula mengukuhkan persahabatan dalam kalangan murid daripada etnik yang sama. Pelajar-pelajar daripada agama lain menghormati pelajar-pelajar Islam ketika sesi bacaan doa dimulakan. Kebiasaan pelajar-pelajar bukan Islam akan bertafakur dan membaca doa mereka di dalam hati. Hal ini dapat memupuk nilai bertoleransi dan hormat menghormati dalam diri setiap pelajar walaupun berbeza kepercayaan dan pandangan dalam agama masing-masing. Tambahan pula, suasana harmoni dan aman dapat diwujudkan di dalam kelas tanpa ada sifat bias dalam agama.
Dari segi budaya penginteraksian antara guru dan murid, Menurut Suresh Kumar N Vellymalay (2016) yang memetik kata-kata daripada Murray & Murray (2004), Saft & Pianta (2001) dan Murray et al (2008), kekuatan hubungan antara guru dan murid bergantung pada kekuatan dan keperluan murid, tingkah laku dan pengalaman lepas murid dan guru serta pengaruh sosial dalam membolehkan murid menyesuaikan diri dalam persekitaran bilik darjah. Hubungan yang baik antara guru dan murid juga memberi kesan terhadap emosi, tingkah laku dan pencapaian akademik murid.
Akhir sekali, dari segi budaya belajar mengikut jantina, pelajar lelaki kurang memberi perhatian semasa proses PdPc sedang berlangsung berbanding pelajar perempuan. Ketika guru sedang menerangkan set induksi, pelajar lelaki sedang membuat kerja sendiri seperti berbual dan membuat doodle art manakala pelajar perempuan memberi fokus terhadap penerangan yang disampaikan oleh guru mereka. Dari segi perbincangan dalam kumpulan pula, pelajar perempuan lagi terserlah dalam perbincangan berbanding pelajar lelaki. Hal ini dapat dilihat melalui pemantauan setiap kumpulan, pelajar perempuan lebih berfokus dan bersungguhsungguh dalam menyiapkan kerja manakala pelajar lelaki pula lebih berkonsepkan santai dalam menyiapkan kerja. Tambahan pula, pelajar perempuan lebih cenderung untuk bertanya sesuatu ketidakpastian berbanding pelajar lelaki. Pelajar lelaki hanya
bertanya sekiranya guru itu datang memantau kumpulan mereka. Setiap individu mempunyai cara belajarnya tersendiri tapi dari segi perspektif jantina, trait personaliti dalam belajar hampir sama bagi lelaki dan perempuan. Menurut Nur Fadilah Abdul Basit, Isa Hamzah dan Harun Baharudin (2017), berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Politzer (1983), pelajar perempuan lebih banyak mengaplikasikan strategi pembelajaran sosial daripada pelajar lelaki dalam penggunaan strategi pembelajaran bahasa (SPB) yang membawa maksud pelajar perempuan lebih banyak berinteraksi di dalam kelas berbanding pelajar lelaki. Menurut Nur Fadilah Abdul Basit et al. (2017) juga, mengambil pendapat Cross (1983), Perbezaan jantina dalam pencapaian bahasa sasaran mempunyai perkaitan dengan jantina guru bahasa yang bertindak sebagai “role model”. Kajian melibatkan para pelajar bahasa Perancis di Amerika di mana majoriti guru bahasanya adalah perempuan. Kesan interaksi antara jantina guru perempuan menjadi model ikutan positif untuk pelajar perempuan, tetapi tidak bagi pelajar lelaki. Hasilnya, pelajar perempuan lebih banyak menggunakan SPB kesan daripada interaksi jantina tersebut. (m/s 48)
Rujukan
Griffiths, H., Keirns, N., Stray, E., Cody-Rydzewski, S., Scaramuzzo, G., Sadler, T., . . . Jones, F. (2017).
Introduction to Sociology 2e. Texas, USA: OpenStax. Retrieved from URL : https://openstax.org/details/books/introduction-sociology-2e Gruenert, S., Whitaker, T. (2015).
School Culture Rewired: How to Define, Assess, and Transform It. Virginia, USA: ASCD Nur Fadilah Abdul Basit, Isa Hamzah, Harun Baharudin. (2017).
Strategi Kognitif dalam Pembelajaran Kosa Kata Bahasa Arab. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 6, Issue 1, 41-51 Nur Fazihan Faiz Kamaruzaman. (2013). Budaya sekolah.
Diperoleh daripada URL : https://www.slideshare.net/nurfazihanfaizkamaruzaman/budaya-sekolah21197380 Suresh Kumar N Vellymalay. (2016).
Keberkesanan Hubungan Guru Kelas-Murid Dalam Merangsang Kesedaran Terhadap Integrasi Etnik Dalam Kalangan Murid Di Bilik Darjah. Jurnal Ilmi 6, 69-88
Topik 11: Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
Topik Pengurusan Murid Pelbagai Upaya menerangkan tentang jenis masalah pembelajaran murid-murid iaitu pemulihan khas, pendidikan khas, pelbagai kecerdasan dan pengayaan. Dalam topik ini, mahasiswa/I dapat memahami, berbincang, menjelaskan dan membanding beza pengurusan murid pelbagai upaya.
Ringkasnya, setiap guru harus mengambilkira 4 aspek iaitu isi kandungan, proses, produk dan persekitaran pembelajaran untuk memaksimumkan pembelajaran dalam bilik darjah. Isi kandungan bersesuaian dengan keperluan murid. Proses pula adalah pendekatan yang digunakan untuk murid mencapai objektif pembelajaran. Seterusnya, produk merupakan hasil pembelajaran yang dikuasai oleh murid diaplikasikan secara demonstrasi dan persekitaran pembelajaran adalah situasi dalam bilik darjah.
Bagi kecerdasan pelbagai, menurut Howard Gardner (1983) manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan yang merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi iaitu visual-linguistik, logik-matematik, visual ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Bagi individu yang mempunyai kecerdasan verbal linguistik, pembelajaran berkesan melalui lisan. Kecerdasan logik-matematik menjadikan murid gemar belajar melalui kaedah inkuiri penemuan dan koperatif. Murid dengan kecerdasan visual ruang lebih berkesan belajar melalui kaedah tunjuk cara dan video manakala keberkesanan pengajaran murid dengan kecerdasan kinestetik ialah aktiviti simulasi. Kecerdasan muzik menjadikan murid gemar dengan aktiviti melibatkan tarian dengan berlatarkan muzik. Kecerdasan intrapersonal menyebabkan murid bijak dalam menghasilkan jurnal yang baik manakala kecerdasan interpersonal, pembelajaran koperatif lebih bersesuaian.
Murid Pemulihan Khas ialah kanak-kanak yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif. Program pendidikan inklusif adalah untuk murid-murid tang bermasalah pembelajaran ringan. Mereka akan mengikuti proses Pengajaran dan Pemudahcaraan dalam bilik darjah secara separa masa atau
sepenuh masa. Terdapat 3 alternatif yang digalakkan untuk mewujudkan kelas pemulihan iaitu sekolah-sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan boleh diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja. Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang. Yang kedua ialah sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang. Yang ketiga ialah sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. Selain itu, kesesuaian dari segi keselesaan ruang dengan bilangan murid, pencahayaan, penyusunan perabot dengan ukuran dan bilangan murid-murid yang terlibat. Peringkat Proses Pengajaran Pemulihan terdiri daripada empat peringkat iaitu mengenalpasti pelajar lemah dan masalah pembelajaran mereka, menentukan punca dan sebab kelemahan mereka, memilih ganti tindakan (aktiviti alternatif) dan menilai kejayaan program pemulihan.
Pengurusan Pengayaan merupakan tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Prinsip pendidikan pengayaan dalam bilik darjah memberi penekanan bahawa guru harus mengambilkira beberapa perkara dalam usaha menyediakan aktiviti pengayaan seperti menekankan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental, membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri.
Kaedah mengenalpasti kanak-kanak luar biasa ialah penapisan (screening) iaitu memerhati di bilik darjah dan standardized group assessment tool. Langkah 2 ialah pencalonan (Referral) melaksanakan Penilaian Pendidikan Khas dengan kebenaran ibubapa. Langkah 3 ialah penilaian melalui ujian saringan bertujuan mengklasifikasi, penempatan, dan penentuan program khas. Langkah 4 ialah kelayakan dilakukan selepas proses penilaian (analisis dan penafsiran skor ujian) disempurnakan, pasukan ini harus mengadakan perjumpaan untuk menentukan kelayakan pelajar untuk menerima Pendidikan Khas.
Jenis-jenis penempatan murid-murid berkeperluan khas ialah bilik resos, kelas biasa, sekolah khas, pengajaran berdasarkan rumah/hospital dan pemulihan dalam komuniti. Amalan yang diaplikasikan dalam kelas biasa ialah Model Konsultansi iaitu guru khas memberi nasihat kepada guru biasa tentang pengurusan dan pengajaran murid khas. Bagi penempatan bilik resos turut dikenali dikenali sebagi program ‘pull out’, pelaksanaannya ialah murid di kelas biasa di tarik keluar dari kelas untuk menerima pengajaran akademik (secara individu atau kumpulan). Bagi kelas khas atau dikenali sebagai self-contained class dilaksanakan dengan menempatkan murid dalam kelas bersama-sama murid lain yang juga dari kategori yang sama (program integrasi). Pengajaran berdasarkan rumah/hospital dilaksanakan dengan guru pendidikan khas pergi ke rumah murid atau ke hospital untuk mengajar murid. Biasanya perkhidmatan sedemikian adalah buat sementara sehingga murid sedia pulang ke sekolah. Bagi penempatan Pemulihan dalam komuniti, pendidikan disediakan di tempat tinggal murid.
Empat komponen penting dalam pengajaran kanak-kanak khas ialah persekitaran, kurikulum, kaedah pengajaran dan penilaian. Persekitaran melibatkan kemudahan dan kos - contoh: bilik resos, guru khas/resos, peralatan khas dan peralatan pembelajaran. Kaedah pengajaran seperti individu, analisis tugasan, pengurusan kontingen, modifikasi tingkah laku, pembelajaran kooperatif dan aplikasi komputer. Penilaian merupakan satu proses yang sistematik dalam mengumpul maklumat yang relevan dengan pendidikan terdiri daripada penilaian sumatif dan penilaian formatif.
Kesimpulannya, topik pengurusan murid pelbagai upaya memberi perincian terhadap peranan guru dalam mengendalikan murid-murid yang terdiri daripada kecerdasan pelbagai, pemulihan khas dan pendidikan khas. Pengurusan yang sistematik dan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kognitif murid-murid tersebut dapat menghasilkan pembelajaran yang berkualiti.
Rujukan
Ekins, A. (2015). The Changing Face of Special Educational Needs : Impacts and Implications for sencos, teachers and their Schools. New York. Routledge Publisher
Mitchell, D. (2014). What Really Works in Special and Inclusive Education : Using Evidence-Based Teaching Strategies. New York. Routledge Publisher Noor Aini Ahmad. (2014).
Pengurusan Program Pendidikan Inklusif bagi Murid Bermasalah Pembelajaran : Kajian Secara Naratif Inkuiri. Jurnal Pengurusan Penyelidikan. Isu 1. Bil.3 (hlm.38-52) Dimuat turun daripada (30 Oktober 2018) http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/40187/4.pdf
Minder Kaur. (2017). To Recognise, Realise and Differentiate the Learning Needs of Students. Isu 25. Bil.2 (Hlm.503-510) Dimuat turun daripada
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/57269/1.pdf (2 November 2018)
Roslan Chin dan Nurahimah Yusoff. (2017). Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa untuk Menguasai Kemahiran Membaca dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas. hlm.28-29 Dimuat turun daripada http://repo.uum.edu.my/22548/1/ICSoTL%202017%2035%2047.pdf
(30 Oktober 2018)
Topik 12: Sekolah dan Persekitaran
Topik ini membincangkan tentang hubungan sekolah dan masyarakat, hubungan sekolah dan ibu bapa dan isu-isu pendidikan semasa. Sekolah merupakan tempat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan. Manakala bagi persekitaran pula ialah kawasan disekeliling sesuatu tempat membawa maksud masyarakat yang tinggal berhampiran sesebuah sekolah. Fungsi sekolah adalah untuk mencapai objektif dan matlamat social bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan dan dapat membentuk sahsiah diri yang baik.
Seterusnya persekitaran pula terbahagi kepada dua iaitu persekitaran fizikal dan persekitaran psikososial. Dimana persekitaran fizikal merujuk kepada keadaan yang mempunyai susunan dan rekabentuk bilik darjah, sumber bahan pembelajaraan, pencahayaan, sudut pembelajaran, pengudaraan dan kebersihan. Persekitaran psikososial yang sihat adalah tentang keadaan tempat pembelajaran pelajar tersebut selesa dan aman serta bebas daripada gangguan yang menjadi ancaman pelajar tersebut. Faktor bersih, cantik, selamat dan cukup ruang belajar amat penting kerana ia mempengaruhi psikologi dan emosi warga sekolah sama ada guru-guru, pelajar atau kakitangan sokongan. Oleh yang demikian, untuk memastikan tahap kebersihan, kecantikan dan keceriaan kawasan sekolah dapat dikekalkan pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas dan juga taman-taman yang telah ditentukan persatuan-persatuan yang menjaganya. Seterusnya, kelas ataupun persatuan yang dapat mengekalkan kebersihan dan keceriaan tersebut diberi pengiktirafan semasa perhimpunan.
Hubungan sekolah dengan masyarakat dapat dilihat melalu peranan sekolah itu sendiri. Sekolah merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran. Sekolah memberi peluang kepada manusia khasnya generasi muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Sekolah mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat. Sekolah sebagai sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka dan kompleks serta mewujudkan hubungan saling bergantung dengan pihak luar. Sekolah melibatkan proses sosialisasi si mana kanak
kanak belajar tentang perlakuan masyarakat nya dan menjadikan perlakuan ini sebahagian daripada tingkah laku mereka. Pendidikan diangganp sebagai satu proses membentuk manusia yang sanggup berfikir secara kreatif dan kritis. Persekolahan yang berorganisasi memainkan peranan dalam mengekalka corak kehidupan dan budaya ilmu yang dianggap sesuai dalam norma masyarakat. Hubungan sekolah dan ibu bapa atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dapat ditunjukkan melalui peranan dan gerak kerja persatuan tersebut. Ia dapat mewujudkan muafakat antara ibu bapa dan guru dan dapat membantu dalam memajukan perkembangan murid. Selain itu PIBG juga mejaga kebajikan murid, menambah sumber kewangan sekoah dan untuk menjayakan aktiviti serta program pendidikan.
Kita seringkali mendengar isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan. Bukan sahaja pada abad ke 21, malah ia sering terjadi dan yang paling parah adalah apabila isu tersebut disalahkan kepada pengajar atau pendidik. Pada kebiasaannya, isu ini merangkumi masalah atau isu yang berkaitan dengan guru, pelajar dan sistem pendidikan yang dijalankan di Malaysia.
Kesimpulannya, untuk menjadikan sekolah sebuah tempat yang aman , semua pihak haruslah bekerjasama tidak kira guru, ibu apa, pelajar ataupun masyarakat itu sendiri. Jika semua pihak melepaskan begitu saja ia akan merosakkan persekitaran sekolah. Hal ini memerlukan adanya hubungan yang erat antara pihak sekolah dan ibu bapa setrta masyarakat. Hal ini kerana, sekolah adalah tempat untuk anak-anak bangsa menimba atau memperolehi ilmu untuk digunakan pada masa hadapan.
Rujukan
Nur Asmidar. Sekolah dan Persekitaran. Dimuat turun daripada https://prezi.com/wreexehqehkl/sekolah-dan-persekitaran/ (30 Oktober 2018) Ahmad Zabidi Abdul Razak .
Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran. Dimuat turun daripada https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00005891_84628_63564.pdf (30 Oktober 2018)
Topik 13: Pengurusan Alam Pembelajaran
Alam pembelajaran didefinisikan sebagai sesuatu keadaan dan suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar pelajar dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku kearah yang lebih positif dan tidak tahu kepada tahu. Alam pembelajaran pula bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar para pelajar dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku kea rah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. Pengurusan alam pembelajaran ini penting bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar, memastikan objektif tercapai serta tidak membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut.
Isu dan permasalahan seringkali ada disesebuah sekolah seperti suasana pengajaran dan pembelajaran yang tidak selesa dan efisien. Hal ini kerana, bilangan pelajar yang ramai dalam satu bilik darjah dengan ruang dan kawasan yang terhad. Selain itu, terdapat juga segelintir guru yang tidak menitikberatkan pengurusan alam pembelajaran ini. Sebagai contoh, guru terlupa untuk mengambil kehadiran pelajar di dalam kelas, perhiasan di dalam kelas lambat dilaksanakan serta susunan meja kerusi di dalam bilik darjah tidak teratur.
Suasana di dalam kelas yang ceria dan tenang mampu meningkatkan perhatian murid di dalam kelas. Selain itu, ia dapat memudahkan guru mengendalikan kelas. Bilangan pelajar yang terlalu ramai memberikan impak negatif kepada pengurusan alam pembelajaran serta mengganggu pembelajaran. Antara kepentingan pengurusan alam pembelajaran, guru akan memastikan suasana pembelajaran dalam keadaan yang kondusif dan selesa agar setiap aktiviti yang dirancang dapat mencapai hasil dan objektif pembelajaran. Selain itu, guru dapat bersedia sebelum memasuki kelas untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu, pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan tidak pulang dengan tangan kosong.
Rujukan
Laporan 13, Pengurusan Alam Pembelajaran (2018) Pengurusan Alam Pembelajaran (2015). Diperolehi daripada https://prezi.com/kfa6tzvhhdjf/pengurusan-alam-pembelajaran/
Topik 14: Pendidikan Abad ke-21 (PAK 21)
Pendidikan Abad ke-21 ialah guru menggunakan kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan berpusatkan pelajar iaitu memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka sesuatu yang baharu serta menekan elemen penggunaan teknologi terkini dan aspek kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kaedah ini bagi menggantikan kaedah konvensional iaitu kaedah pembelajaran berpusatkan guru atau “chalk and talk” semata-mata di dalam kelas. Kaedah pembelajaran berpusatkan murid memberi peluang kepada murid untuk menghasilkan, menilai dan mensintesiskan maklumat daripada sumber-sumber yang luas ditambah dengan pembinaan soft skills dan menghormati budaya lain. Guru pula bertindak sebagai pemudahcara untuk memastikan kelancaran aktiviti di dalam kelas dan rujukan kepada murid untuk menjelaskan sesuatu yang pelajar tidak tahu.
Prinsip pembelajaran abad ke-21 yang ditekankan kini adalah berteraskan kepada 4C iaitu Collaborative (Kolaboratif), Communication (Komunikasi), Critical Thinking (Pemikiran Kritis) dan Creativity (Kreativiti). Mengikut Program Transformasi Sekolah 2025, prinsip pembelajaran abad ke-21 yang perlu ditekankan selaras dengan Pedagogi Terkini Pembelajaran Mendalam Brauer College adalah berteraskan 6C iaitu prinsip 4C yang sedia ada ditambah dengan Character (Karakter) dan juga Citizenship (Kewarganegaraan). Prinsip Character adalah pelajar menggunakan ilmu atau kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalahnya serta tabah dalam meneruskan kelangsungan hidupnya. Prinsip Citizenship pula adalah berfikir seperti warga global, mengingati isu-isu global berdasarkan pemahaman yang mendalam tentang nilai-nilai dan pandangan dunia yang pelbagai, dan dengan minat serta keupayaan yang tulen untuk menyelesaikan masalah dunia nyata yang rumit dan kompleks yang mampu memberi kesan kepada kemapanan manusia dan alam sekitar.
Bagi memantapkan konsep 6C dalam diri pelajar ketika berlangsung proses pembelajaran dan pemudahcaraan, Fullen (1993) telah mengemukakan tiga elemen utama dalam Pedagogi Terkini iaitu pembelajaran partnership (guru dan murid), tugasan pembelajaran mendalam dan peralatan digital dan sumber. Pembelajaran
partnership antara guru dengan murid bermaksud guru mempelajari sesuatu daripada murid dan juga sebaliknya. Guru perlu bertindak sebagai pengaktif di dalam kelas dengan menggunakan kaedah reciprocal teaching; maklum balas murid; parking lot; sudut OPEM dan kriteria pembelajaran; metakognisi dan 1 Classroom Traffic Light. Melalui kaedah ini, guru dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada dirinya dan belajar sesuatu daripada murid dan perkara yang sama berlaku juga terhadap murid. Tugasan pembelajaran mendalam merupakan aktiviti yang dilakukan oleh pelajar dan guru bersama-sama bagi memenuhi kompetensi 6C. Bagi memenuhi keperluan dalam Revolusi Perindustrian 4.0, pelajar dan guru kini perlu tahu menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang ada di sekeliling dan menjadi seorang yang celik IT. Terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah abad ke-21 antaranya adalah susun atur di dalam kelas, sosial dalam kelas dan emosi guru dan murid di dalam kelas. Yang pertama ialah guru perlu tahu susun atur di dalam kelas yang bersesuaian dengan jumlah murid dan saiz bilik darjah. Jenis corak duduk murid antaranya adalah bentuk kumpulan, gaya auditorium, seminar dan lain-lain serta peralatan yang lengkap memainkan peranan agar memastikan kelangsungan proses pembelajaran dan pemudahcaraan berkesan. Yang kedua adalah keadaan sosial di dalam kelas. Guru perlu menetapkan peraturan di dalam kelas untuk membentuk disiplin dan karakter pelajar yang berkualiti serta menggunakan komunikasi pelbagai hala ketika menyampaikan ilmu agar pelajar tidak berasa bosan. Dari segi emosi pula, gaya kepimpinan dan cara penyampaian ilmu oleh guru mempengaruhi suasana di dalam kelas. Sekiranya guru tidak pandai menarik perhatian murid, suasana di dalam kelas akan menjadi bosan dan timbul perasaan kurang berminat untuk belajar terhadap pelajar.
Akhir sekali, kaedah mengajar abad ke-21 memberi banyak faedah berbanding kaedah konvensional akan tetapi terdapat banyak cabaran dalam melaksanakannya. Antaranya adalah menghubungkan jurang ilmu antara guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran, budaya generasi abad ke-21 yang aktif menggunakan media sosial, hubungan yang renggang antara murid Islam dan bukan Islam, kesediaan guru-guru dalam membina daya pemikiran murid untuk menyelesaikan masalah secara berkesan dan inovatif serta penggunaan pelbagai teknologi seperti kemudahan Internet mengurangkan nilai kemanusiaan dan unsur kemanusiaan.
Rujukan
Ab Halim Tamuri, Nur Hanani Hussin. (2017). Pendidikan Abad ke 21 Dalam Kepelbagaian Budaya: Cabaran dan Harapan. Seminar Pedagogi Antarabangsa ke-8 (PEDA8). Abstrak diperoleh daripada URL: https://www.researchgate.net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_ke_2 1_Dalam_Kepelbagaian_Budaya_Cabaran_dan_Harapan
Mohd Yusoff Walat. (2016). Kelas abad ke 21. [Slaid pembentangan]. Diperoleh daripada URL: https://www.slideshare.net/pkgmuda/kelas-abad-ke-2161271213
Wong, K.W., Noriati A. Rashid, Boon, P.Y. (2018). Siri Pendidikan Guru: Asas Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru (Edisi Kedua). Selangor, Malaysia : Oxford Fajar Sdn. Bhd.